Jumat, 28 Februari 2014
Kamis, 27 Februari 2014
Pemuda Sembunyi Dalam Tangki Elak Dicekup JAIS
Pemuda Sembunyi Dalam Tangki Elak Dicekup JAIS - KUCHING : Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik.
Namun, penguat kuasa tersebut curiga apabila menemui beberapa barangan milik lelaki seperti jam tangan, baju, topi keledar dan kasut di dalam bilik itu manakala tingkap bilik yang terletak di tingkat lima itu didapati terbuka. – Kosmo
Rabu, 26 Februari 2014
Anak lembu berkepala dua

KAHERAH - Seorang bekas petani di utara Mesir, Sobhy el-Ganzoury menyatakan seekor lembu miliknya melahirkan anak lembu berkepala dua yang disifatkannya sebagai keajaiban Tuhan di sebuah kampung di Iskandariah.
Sobhy menyatakan kelmarin anak lembu ganjil itu mengambil masa dua jam untuk dilahirkan dan dia terpaksa membantu proses kelahiran dengan menarik haiwan tersebut keluar.
Menurutnya, proses kelahiran yang sukar itu menyebabkan kaki anak lembu tersebut lemah.
Dia berkata, seorang doktor haiwan memaklumkan kepadanya bahawa anak lembu yang lahir pada minggu lepas itu kini stabil dan dijangka dapat terus hidup.
Katanya, dia mahu memelihara haiwan itu sebagai peringatan bahawa Tuhan mampu melakukan apa sahaja.
Anak lembu berkenaan tidak dapat berdiri kerana kepalanya yang berat dan kakinya masih lemah.
Haiwan itu minum susu ibunya yang diberi dengan menggunakan botol susu bayi. - AP

Langganan:
Postingan (Atom)